HALUAN DASAR STRATEGI PENDIDIKAN-SPN21
DIkirim oleh mrscd di April 4, 2008
Untuk mencapai strategi SPN21 Kementerian Pendidikan menggariskan lapan haluan dasar iaitu:
- Melabur dalam pendidikan awal kanak-kanak
- Menggunakan amalan terbaik antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran
- Mengadakan pendidikan yang bertaraf tinggi di peringkat menengah dan pengajian tinggi termasuk sekolah-sekolah vokasional yang menghasilkan pakar, ahli profesional dan juru teknik yang diperlukan dalam perniagaan dan industri
- Memperkukuh kompetensi dalam teknologi infokomnikasi (ICT) bagi penuntut, guru dan pentadbir pendidikan termasuk integrasi ICT ke dalam kurikulum sekolah
- Membentuk program yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi
- Menggalakkan penyelidikan, perkembangan dan inovasi di institut yang dibiayai oleh perkongsian sektor awam swasta dan antarabangsa
- Menggunakan kaedah mengajar yang ‘cost-effective’ melalui penggunaan teknologi
- Memperbaiki pengurusan semua institusi pendidikan
(Sahari Akim, Pelita Brunei 20 Feb 2008, keluaran khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-24)